Soalan Lazim

Jika tiada soalan yang berkaitan dengan anda, sila emelkan soalan anda ke bencanaklang@selangor.gov.my.


Bagaimanakah cara memohon?

Anda boleh membuat pendaftaran melalui menu Mohon Bantuan yang disediakan, dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki dengan betul.

Berapakah umur layak memohon bantuan?

Tidak kurang daripada 18 tahun.

Tempat kediaman saya berada di luar daerah Klang, adakah saya layak?

Keutamaan hanyalah pemohon yang berada di dalam Daerah Klang sahaja.

Adakah bantuan kewangan PDTK layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR)?

Bantuan kewangan tidak layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR).

Terdapat beberapa buah keluarga yang tinggal bersama-sama. Adakah keluarga tersebut layak memohon satu bantuan untuk semua isi rumah atau setiap keluarga boleh memohon bantuan secara berasingan?

Bantuan hanya boleh diberi atas satu kediaman sahaja.

Adakah bantuan boleh dimohon untuk Rumah Kuarters Kerajaan?

Boleh memohon bantuan untuk Rumah Kuarters Kerajaan