Bagaimana Kami Membantu Anda?


Sistem ini berperanan untuk memastikan dan memudahkan semua pemohon bantuan bencana di dalam Daerah Klang untuk mendaftar, menghantar dan menyemak permohonan masing-masing.

PENGENALAN SISTEM DMS


DMS merupakan satu sistem yang dibangunkan dengan tujuan menggabungkan segala maklumat yang berkepentingan dalam pengurusan bencana di dalam satu sistem dan melalui sistem ini, proses permohonan dapat dilakukan dengan mudah dari mana-mana lokasi dan membolehkan pihak terlibat dapat menguruskan bantuan dengan lebih baik.

OBJEKTIF KAMI

1. Menyelaras dan membuat keputusan dalam aspek pengurusan bencana.
2. Menyeragamkan format penyampaian data bagi memudahkan penyelarasan maklumat dan bantuan.
3. Memudahkan proses bantuan bencana kepada semua pihak.

MATLAMAT KAMI

1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.

Pautan Pantas

Indeks Pencemaran Udara

Ketinggian Paras Laut

Ramalan Cuaca

Statistik Terkini Covid-19

Taburan Hujan Daerah Klang

Info Bencana JKM

Portal Bencana NADMA